PEMBENTANGAN LINUS from Cp Tan
SME 6044 Isu-isu Kontemporari dalam Pendidikan Matematik merupakan salah satu kursus yang diikuti bagi
Program Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI dan dijalankan di bawah bimbingan Dr. Mazlini binti Adnan.
Program Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI dan dijalankan di bawah bimbingan Dr. Mazlini binti Adnan.
TAJUK
29 November 2013
PEMBENTANGAN LINUS
KONKRIT BAHAN BANTU MENGAJAR
28 November 2013
JISIM (INTERAKTIF)
27 November 2013
ISIPADU (INTERAKTIF)
OPERASI NOMBOR (INTERAKTIF)
MASA (INTERAKTIF)
UKURAN (INTERAKTIF)
Pisa 2012 results: which country does best at reading, maths and science?
Malaysia berada di ranking ke-52. Apa yang lebih penting adalah diharap melalui Program LINUS dengan matlamat semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS. Kita sebagai seorang warga pendidik haruslah berusaha untuk menaikkan ranking Malaysia untuk mendepani cabaran ke arah pendidikan bertaraf dunia.
Tekan bawah untuk berita lanjutan
http://www.theguardian.com/news/datablog/2013/dec/03/pisa-results-country-best-reading-maths-science#
Tekan bawah untuk rujukan lanjutan
http://education.um.edu.my/images/education/Kolokium%20JPMS%202012/Sesi%201/(1)%20Dr%20Zabani.pdf
25 November 2013
24 November 2013
ARTIKEL 5
Disediakan Oleh:
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011
Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas
untuk Kanak-Kanak Disleksia
Abstrak
Membangunkan bahan pembelajaran boleh jadi sangat mencabar apabila pelajarnya merupakan mereka yang datang dari golongan yang khas. Kajian awal telah dijalankan dan mengenalpasti akan keperluan merekebentuk instruksi khas untuk pelajar disleksia didalam mempelajari topik pendaraban. Sebagai pendekatan seterusnya, kajian dibuat untuk menggambarkan pendekatan merekabentuk animasi di dalam pembangunan instruksi sebuah Objek Pembelajaran yang berteraskan multimedia interaktif. Secara terperinci, kajian ini akan menghuraikan pendekatan rekabentuk animasi untuk instruksi khas melalui tiga tahap pembangunan, iaitu (1) sebelum pembangunan, (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas pembangunan. Kaedah penilaian untuk Objek Pembelajaran yang dihasilkan menggunakan set soalan yang diadaptasi dari Borang Penilaian Pelajar Objek Pembelajaran. Hasil dapatannya disahkan melalui proses pengamatan dan temubual oleh guru berkenaan. Data yang diperolehi menunjukkan kebolehgunaan dan nilai pembelajaran yang postitif bagi Objek Pembelajaran yang dihasilkan.
Ulasan
Artikel ini adalah tentang Menggunakan Animasi Di Dalam Instruksi Khas Untuk Kanak-Kanak Disleksia. Kajian ini telah dijalankan oleh Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar dan Nor Aziah Alias.
Penyelidikan ini menjelaskan
Membangunkan Pembelajaran yang sesuai untuk golongan yang khas. Kajian ini
adalah menggunakan pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia.
Selain itu, Kajian ini telah
dilaksanakan kepada keperluan kanak-kanak disleksia yang bermasalah dalam
matematik dengan menggunakan learning object (LO). LO adalah menyeronokkan,
mudah dan membantu kanak-kanak disleksia memahami isi kandungan. Kanak-kanak disleksia
boleh mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus mereka
terhadap bahan pembelajaran.
Kajian ini hanya melibatkan
kanak-kanak disleksia dalam menggunakan learning object (LO). Kajian ini harus
diperluaskan kepada sekolah rendah terutama murid linus supaya dapat menarik
minat murid linus dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
prestasi di negara Malaysia.
ARTIKEL 4
Disediakan Oleh:
Haniza Abdul Rahim
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DALAM BENTUK LAZIM DALAM LINGKUNGAN 100 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “SAPU CALIT”
Abstrak
Murid-murid perlu diberi perhatian khusus apabila tidak dapat menguasai operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua murid dapat menguasai kemahiran asas dalam tempoh yang sama. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan membimbing murid-murid yang belum dapat menguasai kemahiran menolak. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lambat menguasai kemahiran tersebut.
Kajian ini melibatkan 8 orang murid-murid tahun 1 yang mempunyai jantina yang berbeza. Mereka ini baru melepasi ujian Linus dan perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus ketinggalan. Kajian ini ditumpukan kepada operasi tolak dengan menggunakan kaedah “sapu calit”. Tinjauan awal yang dilakukan ialah mengenalpasti masalah murid melalui menyemak latihan murid, latihan congak, pemerhatian dan temu bual. Pengesanan awal terhadap masalah kemahiran menolak yang mereka hadapi dapat membantu saya menentukan kaeadah yang sesuai dan mereka dapat mempelajari teknik baru yang boleh dipraktikkan untuk masa akan datang.
Ulasan
Artikel ini adalah tentang Meningkatkan Kemahiran
Menolak Dalam Bentuk Lazim Dalam Lingkungan 100 Dengan Menggunakan Kaedah “Sapu
Calit”. Kajian ini telah dijalankan oleh Haniza Binti Abdul Rahim, Maslea Binti
Taris, Nor Azirah Binti Abdul Wahad dan Zarina Binti Othman.
Penyelidikan
ini telah memberi perhatian kepada murid-murid yang tidak dapat menguasai
operasi asas matematik terutama murid linus. Operasi asas matematik adalah
penting kerana pengetahuan asas matematik dapat diaplikasi dalam kehidupan
harian kita.
Selain
itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk membantu murid
mengaplikasikan formula dan mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian
hasil tolak. Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah semakan
latihan murid, latihan congkat, pemerhatian dan temu bual.
Kajian
ini hanya melibatkan 8 orang murid di sebuah sekolah. Kajian ini harus
diperluaskan ke sekolah yang lain supaya lebih ramai murid dapat terlibat dalam
aktiviti tersebut untuk meningkatkan sampling data. Kajian ini juga perlu
dipertingkatkan dengan menggunakan lebih banyak bahan bantu mengajar yang sesuai
dan canggih untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam operasi asas
matematik.
ARTIKEL 3
Disediakan Oleh:
1MOHD HANAFI MOHD YASIN, 2NORAIDAH SAHARI & 3ARBI HAZA NASUTION
'National University of Malaysia,
CREAM - Current Research in Malaysia Vol 2, No. 1, January 2013: 65-99
Online Literacy and Mathematics Assessment for
Deaf and Hard of Hearing Students
Abstrak
Populasi yang mahir literasi dan matematik adalah matlamat setiap masyarakat industri moden. Kemahiran literasi dan matematik berupaya melengkapkan pelajar bagi memudahkan proses pelajaran demi masa depan mereka. Pelajar Pekak dan Bermasalah Pendengaran (PPBP) memiliki kemampuan literasi dan matematik yang lebih rendah daripada yang sepatutnya kerana kurang upaya mereka. Sebelum pelajaran asas literasi dan matematik yang mencukupi diberi fokus kepada PPBP, piawai kemahiran asas literasi dan matematik mereka perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan program saringan literasi dan numerasi (LINUS) pada tahun 2009. Namun, terdapat beberapa masalah dalam kaedah penilaian melalui saringan LINUS untuk PPBP kerana kaedah saringan LINUS tidak dapat menampung situasi dan keperluan PPBP. Bagi mengatasi masalah tersebut, penyelidik memperkenalkan prototaip Pengujian Literasi dan Matematik Berasaskan Internet (Internet-based Literacy and Mathematics Assessment-iLiMA). Dalam prototaip iLiMA, arahan dalam bentuk video bahasa isyarat diguna untuk mencapai piawaian kaedah penilaian bagi memastikan bahawa penilaian yang saksama dapat dilaksana. Metodologi yang diguna untuk membangunkan sistem ini adalah Model Proses Evoluasi - Prototaip. Kepenggunaan prototaip iLiMA diukur dengan Sistem Komputer Soal Selidik Kebolehgunaan (CSUQ) menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan web. Hasil kajian menunjukkan bahawa prototaip iLiMA boleh guna dan guru-guru berpuas hati menggunakannya. Akhirnya, prototaip saringan iLiMA yang boleh guna yang berpotensi untuk menampung keperluan pelajar pekak dan bermasalah pendengaran bagi mendapat penilaian literasi dan matematik yang piawai dan saksama telah dibangunkan.
Ulasan
Artikel ini adalah tentang penggunaan
prototaip Pengujian Literasi dan Matematik Berasaskan Internet (Internet-based Literacy and
Mathematics Assessment-iLiMA) untuk
membantu murid-murid PPBP (Murid Pekak dan Bermasalah Pendengaran) menguasai
Linus. Kajian ini dijalankan oleh Mohd Hanafi Mohd Yasin, Noraidah Sahari, dan
Arbihaza Nasution.Penyelidik telah menjelaskan kajian tersebut dengan jelas. Manual iLima ini telah dijelaskan dengan teliti.
Hal ini adalah sangat berfaedah untuk murid-murid tersebut. Penggunaan Teknologi patut diguna sepenuhnya untuk membantu murid yang kurang berupaya. Ini kerana mereka belajar lebih perlahan berbanding dengan murid-murid linus biasa. Guru juga akan menghadapi masalah menyalurkan maklumat kepada murid dengan berkesan. Dengan menggunakan prototaip Pengujian Literasi dan Matematik Berasaskan Internet, penyelidik mendapati ia memang berkesan dan berjaya untuk membantu murid-murid tersebut. Guru-guru juga berpuas hati dengan keberkesanannya.
Di samping itu, kerajaan sedang menjalankan transformasi pengajaran kepada penggunaan ICT. Oleh itu, iLima itu adalah seiring dengan matlamat kerajaan. Pelaksanaan iLima boleh dijalankan dengan giat agar murid-murid PPBP juga boleh berpeluang untuk menggunakan ICT untuk belajar.
Kajian ini hanya melibatkan enam orang murid. Oleh itu dicadangkan bahawa ia boleh dijalankan secara meluas agar dapat membantu murid-murid PPBP yang lain. Di samping itu, kaedah ini mungkin boleh digunakan untuk murid yang menghadapi masalah belajar yang lain seperti dyslexia, ADHD, autism, down syndrome, dan sebagainya.
ARTIKEL 2
Disediakan Oleh:
Norizan Abdul Ghani, Zahidah Anisah Mohamad and Che Wan Takwa Che Wan Abu Bakar
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Advances in Natural and Applied Sciences, 7(3): 284-291, 2013
ISSN 1995-0772
Teachers’ Challenges in Educating Special Children in Special Classes of Three Selected Primary Schools, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Abstrak
In Malaysia, special classesfor special children have been implemented ever since their first establishment in the 80's. These special classes were introduced in order to overcome the 3M difficulties namely reading, writing and calculating among primary school students, particularly those in the firstgrade. This study was conducted in three selected primary schools in Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Qualitative methodology was used and data were obtained through observations and interviews. Respondents consisted of 12 people; special-class teachers,school administrative officers and representative of each officer from the special children unit in the Department of Education, Terengganu. Findings showed that there are students who suffer dyslexia placed in special educational classes. Such a scenario made the teachers involved with these classes to experience challenges. The main challenges that they are facing include no in-depth exposure given to the teachers, emotionally stressed, burden with other workloads, and limited time to teach. Other challenges are limited allocation of funds; teachers show no interest in teaching, inadequate teaching materials, bullies and no recognition given by any party. It is crucial for the authorities to give extra attention not only to the special needs children, but also to the teachers teaching special remedial classes. This is parallel with the national education policy – improving the educational standard for children with special needs.
Ulasan
This article is about Teachers’ Challenges
in Educating Special Children in Special Classes of Three Selected Primary
Schools, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia by Norizan Abdul Ghani, Zahidah
Anisah Mohamad and Che Wan Takwa Che Wan Abu Bakar.
This research gives a lot of useful
information to the readers. It is clear and readers can understand the contents
easily. From the article, we can see that there are a lot of problems facing by
the special education teachers. They are facing those problems for quite a long
time. Nobody take action for it. I think this article should gain more
attention from KPM. Special need children should not get abandoned. They can
help our nation in the future too. However, in order to help them, teachers’
problems must settle. If teacher are facing so much of burden, they are surely
not able to teach well. More problems will come and the children might become
the victims.
This research is a qualitative research.
The researchers only do it in a small area. So, I think that they should
continue research for this study. The research should carry out on larger
target group. This will gain more attention if they can make it public. Further
study is really needed.
Then, the Linus program should get
improvements too. We can see that the Linus is still not quite complete and
perfect especially for the special need children. More methods, tools or
allocation should given to the special need children’s classroom so that they
can learn and master Linus contents more effective and efficient.
ARTIKEL 1
Disediakan Oleh:
Nurul Amirah Mohd Razali 1, PM Dr Zaidatun Tasir 2
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
REKABENTUK SISTEM PEMBELAJARAN KONSEP NOMBOR BERASASKAN PENDEKATAN PERMAINAN YANG MENERAPKAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk
membangunkan sebuah sistem pembelajaran bagi tajuk konsep nombor untuk kanak-kanak prasekolah menggunakan pendekatan
permainan yang menerapkan Teori Perkembangan Kognitif Bruner. Selaras
dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar
menerokai sesuatu yang baru, sistem ini dibangunkan menggunakan konsep belajar sambil bermain dimana ia menyediakan satu
platform bagi kanak-kanak prasekolah untuk menerokai isi pembelajaran
secara interaktif dan menyeronokkan. Proses
pembinaan sistem ini dibangunkan berteraskan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat pembelajaran
iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Sistem ini dibangunkan dengan
menggunakan Macromedia Authorware yang merupakan
perisian yang utama dan disokong dengan perisian lain iaitu Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan
Crazy Talk 4.5. Gabungan perisian-perisian ini dapat menyepadukan pelbagai
media seperti grafik, teks, animasi, audio dan
interaktiviti untuk menghasilkan suatu sistem pembelajaran multimedia yang interaktif bagi mengekalkan tumpuan kanak-kanak.
Diharapkan sistem pembelajaran ini dapat
membantu kanak-kanak menguasai konsep dan kemahiran Matematik prasekolah.
Ulasan
Artikel ini adalah tentang Rekabentuk
Sistem Pembelajaran Konsep Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan yang
MenerapkanTeori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak. Kajian ini dijalankan oleh
Nurul Amirah Mohd Razali dan PM Dr Zaidatun Tasir.
Penyelidikan ini telah menerangkan 3
tahap penting dalam pembelajaran Matematik iaitu tahap konkrit, tahap gambar
dan tahap symbol dalam mengenali pra nombor. Penggunaan ICT seperti perisian
Macromedia Authorware, Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge
7.0 dan Crazy Talk 4.5 dapat menghasilkan suatu sistem pembelajaran multimedia
yang interaktif untuk mengekalkan tumpuan kanak-kanak.
Hal ini dapat meningkatkan kanak-kanak
yang kurang cekap dalam mempelajari pra nombor dengan baik. Kanak-kanak juga
dapat belajar sambil bermain dalam mengenali pra nombor secara semula jadi
dengan menggunakan benda konkrit atau ICT.
Di Samping itu. Permainan adalah satu
kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk
minat terhadap Matematik (D’ Augustine 1973; Sobel & Maletsky 1972). Cara
ini juga dapat menarik minat kanak-kanak belajar Matematik semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kajian ini, sampling data hanya
dilaksanakan di pra sekolah. Ia hanya perlu dipertingkatkan atau diperluaskan
ke sekolah Rendah supaya guru linus dan murid linus mendapat peluang untuk
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
23 November 2013
22 November 2013
20 November 2013
MAKE A DIFFERENCE
Subscribe to:
Posts (Atom)