Disediakan Oleh:
Haniza Abdul Rahim
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DALAM BENTUK LAZIM DALAM LINGKUNGAN 100 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “SAPU CALIT”
Abstrak
Murid-murid perlu diberi perhatian khusus apabila tidak dapat menguasai operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua murid dapat menguasai kemahiran asas dalam tempoh yang sama. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan membimbing murid-murid yang belum dapat menguasai kemahiran menolak. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lambat menguasai kemahiran tersebut.
Kajian ini melibatkan 8 orang murid-murid tahun 1 yang mempunyai jantina yang berbeza. Mereka ini baru melepasi ujian Linus dan perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus ketinggalan. Kajian ini ditumpukan kepada operasi tolak dengan menggunakan kaedah “sapu calit”. Tinjauan awal yang dilakukan ialah mengenalpasti masalah murid melalui menyemak latihan murid, latihan congak, pemerhatian dan temu bual. Pengesanan awal terhadap masalah kemahiran menolak yang mereka hadapi dapat membantu saya menentukan kaeadah yang sesuai dan mereka dapat mempelajari teknik baru yang boleh dipraktikkan untuk masa akan datang.
Ulasan
Artikel ini adalah tentang Meningkatkan Kemahiran
Menolak Dalam Bentuk Lazim Dalam Lingkungan 100 Dengan Menggunakan Kaedah “Sapu
Calit”. Kajian ini telah dijalankan oleh Haniza Binti Abdul Rahim, Maslea Binti
Taris, Nor Azirah Binti Abdul Wahad dan Zarina Binti Othman.
Penyelidikan
ini telah memberi perhatian kepada murid-murid yang tidak dapat menguasai
operasi asas matematik terutama murid linus. Operasi asas matematik adalah
penting kerana pengetahuan asas matematik dapat diaplikasi dalam kehidupan
harian kita.
Selain
itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk membantu murid
mengaplikasikan formula dan mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian
hasil tolak. Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah semakan
latihan murid, latihan congkat, pemerhatian dan temu bual.
Kajian
ini hanya melibatkan 8 orang murid di sebuah sekolah. Kajian ini harus
diperluaskan ke sekolah yang lain supaya lebih ramai murid dapat terlibat dalam
aktiviti tersebut untuk meningkatkan sampling data. Kajian ini juga perlu
dipertingkatkan dengan menggunakan lebih banyak bahan bantu mengajar yang sesuai
dan canggih untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam operasi asas
matematik.
No comments:
Post a Comment