SME 6044 Isu-isu Kontemporari dalam Pendidikan Matematik merupakan salah satu kursus yang diikuti bagi
Program Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI dan dijalankan di bawah bimbingan Dr. Mazlini binti Adnan.

TAJUK

TAJUK

24 November 2013

ARTIKEL 1

Disediakan Oleh:
Nurul Amirah Mohd Razali 1, PM Dr Zaidatun Tasir 2
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia


REKABENTUK SISTEM PEMBELAJARAN KONSEP NOMBOR BERASASKAN PENDEKATAN PERMAINAN YANG MENERAPKAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK


Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pembelajaran bagi tajuk konsep nombor untuk kanak-kanak prasekolah menggunakan pendekatan permainan yang menerapkan Teori Perkembangan Kognitif Bruner. Selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar menerokai sesuatu yang baru, sistem ini dibangunkan menggunakan konsep belajar sambil bermain dimana ia menyediakan satu platform bagi kanak-kanak prasekolah untuk menerokai isi pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Proses pembinaan sistem ini dibangunkan berteraskan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat pembelajaran iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian lain iaitu Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5. Gabungan perisian-perisian ini dapat menyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan suatu sistem pembelajaran multimedia yang interaktif bagi mengekalkan tumpuan kanak-kanak. Diharapkan sistem pembelajaran ini dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep dan kemahiran Matematik prasekolah.



Ulasan
Artikel ini adalah tentang Rekabentuk Sistem Pembelajaran Konsep Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan yang MenerapkanTeori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak. Kajian ini dijalankan oleh Nurul Amirah Mohd Razali dan PM Dr Zaidatun Tasir.

Penyelidikan ini telah menerangkan 3 tahap penting dalam pembelajaran Matematik iaitu tahap konkrit, tahap gambar dan tahap symbol dalam mengenali pra nombor. Penggunaan ICT seperti perisian Macromedia Authorware, Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5 dapat menghasilkan suatu sistem pembelajaran multimedia yang interaktif untuk mengekalkan tumpuan kanak-kanak.    
     
Hal ini dapat meningkatkan kanak-kanak yang kurang cekap dalam mempelajari pra nombor dengan baik. Kanak-kanak juga dapat belajar sambil bermain dalam mengenali pra nombor secara semula jadi dengan menggunakan benda konkrit atau ICT.

Di Samping itu. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik (D’ Augustine 1973; Sobel & Maletsky 1972). Cara ini juga dapat menarik minat kanak-kanak belajar Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Dalam kajian ini, sampling data hanya dilaksanakan di pra sekolah. Ia hanya perlu dipertingkatkan atau diperluaskan ke sekolah Rendah supaya guru linus dan murid linus mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

No comments:

Post a Comment