Disediakan Oleh:
1MOHD HANAFI MOHD YASIN, 2NORAIDAH SAHARI & 3ARBI HAZA NASUTION
'National University of Malaysia,
CREAM - Current Research in Malaysia Vol 2, No. 1, January 2013: 65-99
Online Literacy and Mathematics Assessment for
Deaf and Hard of Hearing Students
Abstrak
Populasi yang mahir literasi dan matematik adalah matlamat setiap masyarakat industri moden. Kemahiran literasi dan matematik berupaya melengkapkan pelajar bagi memudahkan proses pelajaran demi masa depan mereka. Pelajar Pekak dan Bermasalah Pendengaran (PPBP) memiliki kemampuan literasi dan matematik yang lebih rendah daripada yang sepatutnya kerana kurang upaya mereka. Sebelum pelajaran asas literasi dan matematik yang mencukupi diberi fokus kepada PPBP, piawai kemahiran asas literasi dan matematik mereka perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan program saringan literasi dan numerasi (LINUS) pada tahun 2009. Namun, terdapat beberapa masalah dalam kaedah penilaian melalui saringan LINUS untuk PPBP kerana kaedah saringan LINUS tidak dapat menampung situasi dan keperluan PPBP. Bagi mengatasi masalah tersebut, penyelidik memperkenalkan prototaip Pengujian Literasi dan Matematik Berasaskan Internet (Internet-based Literacy and Mathematics Assessment-iLiMA). Dalam prototaip iLiMA, arahan dalam bentuk video bahasa isyarat diguna untuk mencapai piawaian kaedah penilaian bagi memastikan bahawa penilaian yang saksama dapat dilaksana. Metodologi yang diguna untuk membangunkan sistem ini adalah Model Proses Evoluasi - Prototaip. Kepenggunaan prototaip iLiMA diukur dengan Sistem Komputer Soal Selidik Kebolehgunaan (CSUQ) menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan web. Hasil kajian menunjukkan bahawa prototaip iLiMA boleh guna dan guru-guru berpuas hati menggunakannya. Akhirnya, prototaip saringan iLiMA yang boleh guna yang berpotensi untuk menampung keperluan pelajar pekak dan bermasalah pendengaran bagi mendapat penilaian literasi dan matematik yang piawai dan saksama telah dibangunkan.
Ulasan
Artikel ini adalah tentang penggunaan
prototaip Pengujian Literasi dan Matematik Berasaskan Internet (Internet-based Literacy and
Mathematics Assessment-iLiMA) untuk
membantu murid-murid PPBP (Murid Pekak dan Bermasalah Pendengaran) menguasai
Linus. Kajian ini dijalankan oleh Mohd Hanafi Mohd Yasin, Noraidah Sahari, dan
Arbihaza Nasution.Penyelidik telah menjelaskan kajian tersebut dengan jelas. Manual iLima ini telah dijelaskan dengan teliti.
Hal ini adalah sangat berfaedah untuk murid-murid tersebut. Penggunaan Teknologi patut diguna sepenuhnya untuk membantu murid yang kurang berupaya. Ini kerana mereka belajar lebih perlahan berbanding dengan murid-murid linus biasa. Guru juga akan menghadapi masalah menyalurkan maklumat kepada murid dengan berkesan. Dengan menggunakan prototaip Pengujian Literasi dan Matematik Berasaskan Internet, penyelidik mendapati ia memang berkesan dan berjaya untuk membantu murid-murid tersebut. Guru-guru juga berpuas hati dengan keberkesanannya.
Di samping itu, kerajaan sedang menjalankan transformasi pengajaran kepada penggunaan ICT. Oleh itu, iLima itu adalah seiring dengan matlamat kerajaan. Pelaksanaan iLima boleh dijalankan dengan giat agar murid-murid PPBP juga boleh berpeluang untuk menggunakan ICT untuk belajar.
Kajian ini hanya melibatkan enam orang murid. Oleh itu dicadangkan bahawa ia boleh dijalankan secara meluas agar dapat membantu murid-murid PPBP yang lain. Di samping itu, kaedah ini mungkin boleh digunakan untuk murid yang menghadapi masalah belajar yang lain seperti dyslexia, ADHD, autism, down syndrome, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment