SME 6044 Isu-isu Kontemporari dalam Pendidikan Matematik merupakan salah satu kursus yang diikuti bagi
Program Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI dan dijalankan di bawah bimbingan Dr. Mazlini binti Adnan.

TAJUK

TAJUK

24 November 2013

ARTIKEL 5

Disediakan Oleh:
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia


Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas
untuk Kanak-Kanak Disleksia

Abstrak
Membangunkan bahan pembelajaran boleh jadi sangat mencabar apabila pelajarnya merupakan mereka yang datang dari golongan yang khas. Kajian awal telah dijalankan dan mengenalpasti akan keperluan merekebentuk instruksi khas untuk pelajar disleksia didalam mempelajari topik pendaraban. Sebagai pendekatan seterusnya, kajian dibuat untuk menggambarkan pendekatan merekabentuk animasi di dalam pembangunan instruksi sebuah Objek Pembelajaran yang berteraskan multimedia interaktif. Secara terperinci, kajian ini akan menghuraikan pendekatan rekabentuk animasi untuk instruksi khas melalui tiga tahap pembangunan, iaitu (1) sebelum pembangunan, (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas pembangunan. Kaedah penilaian untuk Objek Pembelajaran yang dihasilkan menggunakan set soalan yang diadaptasi dari Borang Penilaian Pelajar Objek Pembelajaran. Hasil dapatannya disahkan melalui proses pengamatan dan temubual oleh guru berkenaan. Data yang diperolehi menunjukkan kebolehgunaan dan nilai pembelajaran yang postitif bagi Objek Pembelajaran yang dihasilkan.


Ulasan
Artikel ini adalah tentang Menggunakan Animasi Di Dalam Instruksi Khas Untuk Kanak-Kanak Disleksia. Kajian ini telah dijalankan oleh Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar dan Nor Aziah Alias.

Penyelidikan ini menjelaskan Membangunkan Pembelajaran yang sesuai untuk golongan yang khas. Kajian ini adalah menggunakan pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia.

Selain itu, Kajian ini telah dilaksanakan kepada keperluan kanak-kanak disleksia yang bermasalah dalam matematik dengan menggunakan learning object (LO). LO adalah menyeronokkan, mudah dan membantu kanak-kanak disleksia memahami isi kandungan. Kanak-kanak disleksia boleh mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus mereka terhadap bahan pembelajaran.

Kajian ini hanya melibatkan kanak-kanak disleksia dalam menggunakan learning object (LO). Kajian ini harus diperluaskan kepada sekolah rendah terutama murid linus supaya dapat menarik minat murid linus dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi di negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment